Wednesday, 20 March 2013

REFLEKSI KULIAH 4


KULIAH          :           4
TARIKH          :           14.3.2013 (Khamis)
MASA              :           6.00 Petang - 9.00 malam.
Salam sejahtera dan Pravi’s Pakkam Varunggal..........
Setelah sekian 3 kuliah, hari ini saya berada dalam kuliah yang keempat. Kuliah keempat ini telah membincangkan tentang teori dan amalan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah. Kuliah ini telah memberikan pendedahan terhadap hubungan antara teori – teori dan amalan dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah. Dalam perjalanan kuliah ini pelbagai jenis soalan telah diajukan oleh pensyarah dan kawan – kawan untuk mengetahui pengaplikasian teori dalam sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. Melalui kuliah ini, saya dapat mengenali bahawa beberapa teori memainkan peranan penting dalam pergerakan setiap individu di sekolah sebagai seorang pentadbir yang berwibawa.
Melalui kuliah ini, saya dapat mengetahui bahawa konsep organisasi merujuk kepada satu sistem yang memecahkan masalah. Terdapat beberapa pengaplakasian teori – teori organisasi dalam sistem pengurusan sekolah. Berikut ialah jenis – jenis teori yang telah diujarkan oleh Dr.Zuraidah:
1.      Teori birokrasi (Max Weber)
2.      Teori pengurusan saintifik (Frederick Taylor)
3.      Fungsi dan prinsip pengurusan (Henri Fayol)
4.      Teori keperluan manusia (Maslow)
5.      Teori motivasi manusia (Frederick Herzberg)
6.      Teori X dan Y (Douglas McGregor)
7.      Teori Kuasa dan Politik.
8.      Teori Simbolik dan pembudayaan.
Saya telah mengetahui beberapa konsep baru melalui kuliah ini. Berharap agar pembentangan minggu hadapan akan membawa ilmu yang lebih terhadap teori – teori ini.
Sekian, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment