Kuliah : 1
TARIKH : 21.2.2013 (Khamis)MASA : 6.00 Petang - 9.00 malam.
Salam sejahtera.
Subjek PDGS 6101 pengurusan dan pentadbiran akan
dikendalikan oleh Dr.Zuraidah Abdullah. Inilah informasi yang diperoleh semasa
sesi pendaftaran. Apakah yang akan saya pelajari melalui subjek ini? Bagaimanakah
keadaan kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan? Bagaimanakah
pengurusan kelas ini iaitu samada dalam situasi ketegangan ataupun akan
memberikan fleksibiliti kepada saya? Pelbagai soalan telah melayang dalam
pemikiran saya.
Kuliah 1 di kelas BSEA 203 telah pun bermula.
Penampilan Dr.Zuraidah sebagai pensyarah subjek ini telah menimbulkan perasaan
kehairanan dalam diri saya. beliau telah menjalankan kuliah pertama ini, dengan
penuh dedikasi. Cara pelaksanaan P & P Dr.Zuraidah telah meninggalkan kesan
yang mendalam dalam diri saya untuk mengendalikan P & P saya secara lebih
berkesan.
Apakah perbezaan di antara pentadbiran, pengurusan
dan kepimpinan? Beginilah bermulanya kelas pada hari ini? Selepas beberapa
perbincangan dalam kumpulan yang kecil dapat difahami bahawa terdapat perbezaan
di antara keiga – tiga konsep tadi darisegi sistem pelaksanaannya (attribute). Iaitu
pemimpin ikut arahan secara sukarela, terdapat teladan dan bimbingan terhadap
proses yang hendak dibuat. Manakala pengurusan pula lebih kepada konsep arah,
kawal, selia, kelola dan mengorganisasi. Pentadibir pula hanya setakat
menyenaraikan tugasan yang harus dibuat oleh struktur organisasinya.
Melalui kelas ini dapatlah saya memahami
konsep utama pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan. Kuliah yang akan datang
dapat menjawab soalan apakah cara yang boleh digunakan untuk menganjakkan guru
ke bahagian yang lebih baik dalam sistem organisasinya?
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment