Wednesday, 20 March 2013

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ORGANISASI?


Definisi organisasi
Menurut Cole (1995) organisasi adalah sebuah entiti sosial yang terdiri dari sekumpulan manusia. Beliau juga mengatakan bahawa organisasi sebagai sebuah sistem terbuka yang melibatkan tiga ciri utama iaitu input dari persekitaran, perubahan dan keluaran/output kepada persekitaran. Menurut Steward (1994) pula organisasi dibina untuk mencapai matlamat yang tidak berupaya dicapai secara individu. Dalam memperkatakan mengenai organisasi pendidikan, Hoy dan Miskel (2005) bersetuju bahawa organisasi pendidikan adalah sebuah sistem terbuka yang mengambil kira terhadap struktur dan proses yang memerlukan input dari persekitaran, menukarnya kepada pengeluaran/output kepada persekitaran.
Ciri‐ciri organisasi
  1. Mempunyai identiti tersendiri
  2. Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti
  3. Mempunyai struktur organisasi atau pembahagian kerja
  4. Mempunyai peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan bagi menjalankan aktiviti organisasi

No comments:

Post a Comment